- Date
- 6 November 2026
- Time
- 20:30
- Venue
- Damansara Performing Art Centre (DPAC)
- City
- Kuala Lumpur
- Price
- RM60 – RM75
About
Bagaimana jika satu hari nanti, kita kembali ke rumah yang menyimpan terlalu banyak kenangan? Teater Muzikal Origami Usu membawa kisah empat beradik yang kembali berkumpul, membawa bersama luka, persoalan dan perkara yang sekian lama tidak pernah diluahkan. Usu, anak bongsu yang sering dianggap belum cukup matang untuk menentukan pilihannya sendiri, berdepan dengan Along, abangnya yang tegas dan sentiasa merasakan dirinya bertanggungjawab terhadap keluarga. Perbezaan mereka perlahan-lahan membuka kisah lama dan membawa Usu dalam perjalanan untuk menemukan suaranya, memahami keluarganya dan mencari tempatnya sendiri. Dalam dunia Origami Usu, origami menjadi metafora kehidupan. Setiap lipatan melambangkan masa, pengalaman, pilihan dan kasih sayang yang membentuk sebuah keluarga. Kerana setiap lipatan meninggalkan kesan. Tentang keluarga yang tidak sempurna. Tentang kata-kata yang tidak sempat diluahkan. Tentang kasih sayang yang kadangkala hadir dalam bentuk yang tidak kita fahami. Kerana rumah bukan sekadar tempat untuk pulang. Ia adalah tempat segala kenangan bermula. Beribu lipatan cerita. Satu keluarga. Satu rumah. Satu perjalanan untuk menemukan semula makna pulang. Mungkin origami kita sudah siap dilipat menjadi bentuk yang kita inginkan. Atau mungkin sudah tiba masanya untuk membuka semula setiap lipatan? Temukan cerita di sebalik setiap lipatan. LATAR BELAKANG PENERBIT Bilberkarya Production, Karya Malaya Creative Sdn. Bhd. dan ChoreoArts Studio bersama menerbitkan Origami Usu, sebuah produksi teater muzikal yang menghimpunkan pengalaman dalam bidang penerbitan teater, muzik, produksi tari, koreografi dan pembangunan karya kreatif. Bilberkarya Production dan Karya Malaya Creative Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat produksi seni persembahan Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam penerbitan teater, teater muzikal dan pelbagai produksi seni persembahan. Produksi-produksinya telah menerima pengiktirafan di 21st BOH Cameronian Arts Awards, termas